Iltizam Perumahan Selangor

Skim Smart Sewa

Pengenalan

Manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran. Penyewa juga mendapat pulangan 30% selepas menyewa dalam tempoh minima 2 tahun dan maksima 5 tahun.

Golongan Sasar / Kriteria
  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu; i. tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah; ii. tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
Agensi
Maklumat Tambahan
Peruntukan
6,658,359.60