Iltizam Perumahan Selangor

Skim 2STAY

Pengenalan

Konsep Skim 2STAY merupakan program Sewa Milik (Rent To Own) yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada penyewa sedia ada di Skim Smart Sewa khususnya golongan B40 yang gagal mendapatkan pembiayaan, kurang berkemampuan atau belum mempunyai kediaman bagi membantu ke arah pemilikan kediaman mereka sendiri. Unit rumah yang diperolehi secara percuma / kontra daripada pemaju dijadikan Skim 2STAY

Golongan Sasar / Kriteria

Skim ini akan ditawarkan kepada pemohon yang telah memenuhi syarat kelayakan dibawah Skim Smart Sewa iaitu tempoh sewaan sehingga 5 tahun sebelum layak memohon ke Skim ‘’Smart Sewa To Ownership’’ (2STAY).

Agensi
LPHS
Maklumat Tambahan
Peruntukan
Tiada