Iltizam Pendidikan Selangor

Peduli Siswa

Pengenalan

Program ini merupakan bantuan pembiayaan pendidikan kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS dalam negara mengikut kelayakan dan syarat yang telah ditetapkan.

Golongan Sasar / Kriteria
  1. Pemohon serta ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.  
  2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di negeri Selangor.  
  3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor. Keutamaan akan diberikan kepada anak Selangor.  
  4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Perubatan.  
  5. Sedang Mengikuti pengajian Sepenuh Masa di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS di dalam negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh kerajaan.  
  6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau dalam tempoh lanjutan pengajian.  
  7. Pemohon tidak menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, pinjaman atau dermasiswa termasuk bagi ijazah perubatan, pergigian dan veterinar).  
  8. Pedapatan isi rumah (Ibu dan bapa) hendaklah tidak melebihi RM20,000 sebulan.  
  9. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak.
Agensi
BPSM
Maklumat Tambahan
Peruntukan
8,000,000.00