Iltizam Pendidikan Selangor

Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)

Pengenalan

Program Latihan Kemahiran seiring dengan keperluan industri terkini dan pembangunan usahawan berorentasikan kemahiran.

Golongan Sasar / Kriteria
  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia. Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pemohon telah bermastautin lebih 12 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN, Penghulu, Pengerusi JKKK/Ketua Kampung, Pengerusi Taman Perumahan dan lain-lain yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  3. Merupakan pelajar tahfiz yang masih atau pernah menuntut di sekolah atau institusi tahfiz yang diiktiraf oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor; atau Lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau setaraf dan ujian 3M.
  4. Berumur daripada 16 tahun hingga 21 tahun sahaja.
  5. Penajaan pelajar/pelatih akan memberi keutamaan kepada kategori keluarga berpendapatan B40 dan M40;
  6. Diwajibkan berkhidmat dengan entiti perniagaan/institusi/industri yang berdaftar atau beralamat di
  7. Negeri Selangor mengikut tempoh yang akan ditetapkan berdasarkan penjanjian.
  8. Pemohon lulus temu duga yang di urus setia oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (jika ada).
Agensi
BPSM
Maklumat Tambahan
Peruntukan
18000000