Iltizam Mesra Anak Selangor

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)

Pengenalan

Bantuan yuran tadika bagi anak berumur 5 & 6 tahun sebanyak RM50 sebulan

Golongan Sasar / Kriteria
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah sama ada: -Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor -ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor -ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  3. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
  5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
  6. Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja
Agensi
YAWAS
Maklumat Tambahan
Peruntukan
2,000,000.00