Sumbangan

Spanco & MOT Hadiahkan 55 Yamaha Ego Kepada Penduduk Terjejas

Kebakaran Paip Gas di Putra Heights: MOT & Spanco Sumbang 55 Motosikal Kepada Penduduk Terjejas

Susulan insiden Kebakaran Paip Gas di Putra Heights, penduduk Kampung Kuala Sungai Baru menerima satu lagi bentuk bantuan mobiliti apabila Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menyerahkan 55 unit motosikal Yamaha Ego Avantis 125 kepada mangsa terjejas.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di perkarangan LRT Putra Heights. Sumbangan motosikal ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat korporat Spanco, termasuk insurans setahun, sijil pemilikan kenderaan, dan cukai jalan.

Menurut YB Anthony Loke, majoriti mangsa bergantung pada motosikal sebagai kenderaan utama harian, dan kerugian akibat kebakaran menyebabkan mereka terputus akses kepada keperluan asas.

Motosikal ini turut didaftarkan khas dengan nombor pendaftaran “MADANI” dan setiap penerima menerima topi keledar percuma daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui kaunter bergerak di lokasi.

Sebagai Menteri Besar Selangor, saya merakamkan penghargaan kepada pihak MOT, Spanco, dan JPJ atas keprihatinan luar biasa ini. Inisiatif ini melengkapkan pelbagai bantuan lain yang sedang digerakkan oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan serta pihak swasta bagi meringankan beban penduduk yang terkesan.

Semoga bantuan ini menjadi pemangkin untuk memulihkan semangat dan kehidupan mangsa tragedi Putra Heights.

#KitaSelangor