Rapid KL On-Demand Bantu Murid Terjejas Insiden Kebakaran Paip Gas di Putra Heights
Sejak jam 7 pagi pada 7 April 2025, perkhidmatan Rapid KL On-Demand telah mula menghantar murid-murid sekolah yang terjejas akibat Kebakaran Paip Gas di Putra Heights dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights ke sekolah masing-masing.
Inisiatif ini merupakan antara bentuk tindakan segera Kerajaan Negeri Selangor bersama rakan strategik termasuk Prasarana Malaysia Berhad untuk memastikan sesi persekolahan anak-anak mangsa tragedi dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.
Sebagai Menteri Besar Selangor, saya merakamkan penghargaan kepada semua yang menjayakan misi ini, termasuk sukarelawan, kakitangan Rapid KL, dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Insya-Allah, kita akan terus pastikan keperluan anak-anak ini dijaga sebaiknya agar semangat mereka terus membara walaupun sedang diuji.
#AmirudinShari
#KitaSelangor