Pada 10 April 2025, saya berpeluang menyaksikan detik bermakna apabila Kumpulan Menteri Besar Selangor (MBI) bersama rakan-rakan strategik tampil menzahirkan keprihatinan dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM2 juta kepada mangsa tragedi Kebakaran Paip Gas di Putra Heights.
Sumbangan besar ini akan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa tragedi — meliputi bantuan pemulihan, perumahan sementara, barangan keperluan, pendidikan, dan sokongan emosi.
Saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyumbang atas solidariti dan komitmen membantu rakyat yang diuji. Semoga sumbangan ini membawa sinar harapan baharu buat mereka.
Insya-Allah, dengan sokongan padu pelbagai pihak, kita akan terus memulihkan kehidupan mangsa dan membina semula komuniti yang terjejas secara menyeluruh dan bermaruah.
#KitaSelangor