Kebakaran Paip Gas di Putra Heights: MAIS Salur Sumbangan RM57,876 Kepada Mangsa Terjejas
Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuh usaha membantu mangsa Kebakaran Paip Gas di Putra Heights melalui agensi-agensinya. Terbaharu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan sumbangan bernilai RM57,876 kepada 234 individu yang terkesan.
Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin, memaklumkan sumbangan ini merangkumi:
• RM35,076 untuk 158 ketua keluarga dalam bentuk kotak makanan kering bernilai RM220 setiap satu.
• RM22,800 melalui Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar, membabitkan 76 orang pelajar sekolah yang menerima bantuan tunai RM300 setiap seorang.
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan berterusan pihak MAIS dan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat yang terjejas terus terbela, terutamanya dalam tempoh pasca bencana.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menegaskan bahawa semua agensi di bawah kerajaan negeri akan terus digerakkan untuk menyantuni dan meringankan beban mangsa. Keprihatinan ini adalah manifestasi semangat #KitaSelangor dalam mendepani dugaan bersama rakyat.
#AmirudinShari
#KebakaranPaipGasdiPutraHeights
#KitaSelangor