Sumbangan

KDEBWM Bantu Mangsa Bersih Rumah Dengan Aset Lengkap – Ini Perinciannya

Sebagai Menteri Besar Selangor, saya ingin merakamkan penghargaan kepada KDEB Waste Management (KDEBWM), Sukarelawan Selangor (SERVE), Team Selangor dan Majlis Bandaraya Subang Jaya atas usaha bersepadu membantu mangsa insiden Kebakaran Paip Gas di Putra Heights.

Setakat ini, lebih 100 tan sampah telah dikutip sejak hari kedua tragedi berlaku. Ini termasuk sampah domestik dan sampah pukal seperti perabot yang terbakar. KDEBWM turut menyediakan tong Roll On Roll Off (Roro) di Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru untuk memudahkan proses pembersihan.

Seramai 50 pekerja KDEBWM telah dikerah ke lokasi, manakala operasi pembersihan mega akan dijalankan tidak lama lagi dengan membawa masuk lori kompaktor, pembersih takungan air, serta mesin penyembur air berkuasa tinggi. Usaha ini diselaraskan dengan penuh perhatian demi memastikan penduduk dapat pulang ke rumah mereka dalam keadaan yang lebih selamat dan bersih.

Kita akan terus pantau dan gerakkan sumber terbaik agar proses pemulihan berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terus berganding bahu membantu mangsa tragedi ini.

#KitaSelangor