Laporan Harian

RM10,000 untuk Mangsa Rumah Musnah – Bantuan Tunai Diserahkan

07.04.2025

Kebakaran Paip Gas di Putra Heights: Penyerahan Sumbangan Tunai kepada 219 Keluarga Mangsa

Pada petang 7 April 2025, saya turun padang bagi memantau proses penyerahan sumbangan wang tunai oleh Kerajaan Persekutuan dan Petronas kepada 219 keluarga mangsa Kebakaran Paip Gas di Putra Heights.

Sumbangan awal ini merangkumi:

RM10,000 kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya: RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada Petronas.

RM5,000 untuk rumah separa musnah dan penyewa: Masing-masing RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada Petronas.

Alhamdulillah, ramai yang hadir menyatakan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan serta bantuan segera yang disalurkan.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, kami turut akan memberikan bantuan sewa sebanyak RM2,000 sebulan selama tempoh 6 bulan kepada semua keluarga yang terjejas, sebagai usaha meringankan beban dan memastikan mereka dapat kembali kepada kehidupan yang lebih stabil.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus berusaha lebih gigih memastikan kebajikan semua mangsa terbela, dengan sokongan pelbagai pihak serta kekuatan semangat #KitaSelangor.

#AmirudinShari

#KitaSelangor