Kebakaran Paip Gas di Putra Heights: Kerajaan Perpaduan Salur Bantuan RM1.4 Juta
Kerajaan Perpaduan terus menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa insiden Kebakaran Paip Gas di Putra Heights dengan menyalurkan sejumlah RM1.4 juta bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa terjejas.
Menurut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, jumlah bantuan tersebut termasuk sumbangan daripada Petronas, selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat tidak terabai.
Sumbangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif menyeluruh pasca-tragedi yang turut menyaksikan pelbagai bentuk bantuan diselaraskan merangkumi kewangan, perumahan, pendidikan, kesihatan, mobiliti dan sokongan psikososial.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebelum ini turut memberi jaminan bahawa semua bentuk bantuan akan diselaraskan secara sistematik dan menyeluruh agar mangsa menerima perhatian sewajarnya. Kerajaan Negeri akan terus berganding bahu dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha pemulihan jangka pendek dan panjang.
#KitaSelangor
#AmirudinShari