Laporan Harian

Mangsa Kebakaran Putra Heights Cecah 341 Orang

09.04.2025

Pada 9 April 2025, jumlah keseluruhan mangsa insiden Kebakaran Paip Gas di Putra Heights kini mencecah 341 orang yang telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia. PPS Dewan Masjid Putra Heights menempatkan 326 orang mangsa, manakala PPS Dewan Camelia pula seramai 15 orang.

Sebanyak 89 ketua isi rumah (KIR) direkodkan, terdiri daripada:

  • 124 dewasa lelaki
  • 107 dewasa perempuan
  • 58 kanak-kanak lelaki
  • 52 kanak-kanak perempuan

Seramai 606 petugas dari pelbagai agensi terlibat dalam usaha bantuan, termasuk TNB, JKM, KKM, APM, PDRM, BOMBA, MBSJ, LZS, RELA, JPS dan PETRONAS.

Bilik Gerakan dan keseluruhan operasi bantuan dikendalikan secara tersusun dan terkawal, dengan pemantauan keselamatan dari PDRM dan APM. Pengurusan sumbangan diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dibantu sukarelawan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Bantuan kesihatan turut diberikan oleh hospital-hospital seperti:

  • Hospital Putrajaya (13 pesakit)
  • Hospital Kuala Lumpur (1 pesakit)
  • Hospital Sungai Buloh (3 pesakit)
  • SJMC (11 pesakit)
  • Sunway Medical Centre (10 pesakit)

Kerajaan Negeri menerusi pelbagai agensi akan terus mempertingkatkan tindakan pemulihan dan bantuan untuk memastikan kebajikan semua mangsa terbela.