Kebakaran Paip Gas di Putra Heights bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan fizikal, tetapi turut menggugat emosi dan masa depan pendidikan anak-anak yang terjejas. Menyedari hal ini, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) melalui Academic Support Team (AST) dan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah melaksanakan Misi Menyantuni Mangsa Kebakaran di Putra Heights bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid-murid.
Misi ini berlangsung dari 2 hingga 4 April dan 7 hingga 11 April 2025, bertempat di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan secara sistematik melalui dua slot harian, iaitu jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4 petang.
Fokus utama misi ini ialah untuk memastikan murid tidak tercicir dari arus pendidikan dan terus menerima sokongan akademik serta emosi. Pendekatan PdP merangkumi:
Misi ini bukan sahaja menyentuh aspek akademik, tetapi juga pemulihan psikososial melalui bimbingan dan aktiviti rakan sebaya. Ia membuktikan komitmen JPN Selangor dan PPD Petaling Perdana bahawa pendidikan yang berkualiti tidak akan terhenti walau dalam apa jua situasi.
Dengan semangat Sentiasa Berkualiti dan Terus Unggul, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pendidikan yang telah menjayakan misi ini.
#KitaSelangor