Bantuan tajaan yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti dan bertujuan membantu golongan ibu-ibu bapa kategori B40 dan M40.
Kursus pengasuhan kanak-kanak buat wanita yang mengasuh di rumah.
Jualan barangan keperluan dengan harga lebih rendah bagi mengurangkan beban rakyat Selangor. Enam jenis barangan utama iaitu ayam, telur, daging, beras, ikan dan minyak masak dijual dengan harga 30% lebih rendah daripada pasaran. Kerajaan negeri memperuntukkan RM12juta untuk subsidi barangan tersebut.
Ahli SMIS akan menerima baucar beli-belah RM150 setiap tahun dan khairat kematian sebanyak RM500 kepada waris ahli berdaftar.
Bantuan yuran tadika bagi anak berumur 5 & 6 tahun sebanyak RM50 sebulan
30,000 anak kelahiran Negeri Selangor yang lahir tahun 2022 hingga tahun terkini. (Tertakluk syarat-syarat permohonan)
Pembukaan akaun Sijil Simpanan Premium Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2022 di negeri Selangor. Seramai 30,000 anak-anak yang memohon akan diberikan sebanyak RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun.
Inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska dengan bantuan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan bagi anak berusia 4 tahun ke bawah dari keluarga B40.
Anak-anak istimewa, ibubapa/penjaga/pendidik anak-anak istimewa, Pusat EIP, PPDK.
Inisiatif-inisiatif untuk golongan OKU khususnya anak-anak berkeperluan khas di Selangor.
- Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap Negeri Selangor (sekurang-kurangnya 10 tahun) - Pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan - Telah memulakan perniagaan / perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun - Peniaga kecil bermastautin tetap di Selangor
Pemberian bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000.00
- Warganegara Malaysia dan pemastautin Selangor - Usahawan kecil dan sederhana di Negeri Selangor - Pendapatan tahunan RM300,000.00 ke bawah
Pemberian bantuan perniagaan berbentuk peralatan bernilai sehingga RM30,000.00
- Warganegara Malaysia dan pemastautin Selangor - Pendapatan suri rumah di bawah RM3,000.00 sebulan - Usahawan kecil masyarakat India yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun
Pemberian bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil masyarakat India bernilai sehingga RM10,000.00
Pinjaman mikrokredit bermula daripada RM5,000 kepada RM100,000 kepada usahawan dan bakal usahawan di Selangor
Melibatkan 52 Pangsapuri Kos Rendah (14,932 petak rumah) dari 11 kawasan PBT seluruh Selangor
Skim ini bertujuan memberikan polisi perlindungan berkaitan bencana alam, kerosakan bangunan dan sebagainya melibatkan Pangsapuri Kos Rendah di Negeri Selangor
Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000.00 sebulan serta tanah di atas nama pemohon
Inisiatif membina rumah dan membaikpulih rumah
Skim ini akan ditawarkan kepada pemohon yang telah memenuhi syarat kelayakan dibawah Skim Smart Sewa iaitu tempoh sewaan sehingga 5 tahun sebelum layak memohon ke Skim ‘’Smart Sewa To Ownership’’ (2STAY).
Konsep Skim 2STAY merupakan program Sewa Milik (Rent To Own) yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada penyewa sedia ada di Skim Smart Sewa khususnya golongan B40 yang gagal mendapatkan pembiayaan, kurang berkemampuan atau belum mempunyai kediaman bagi membantu ke arah pemilikan kediaman mereka sendiri. Unit rumah yang diperolehi secara percuma / kontra daripada pemaju dijadikan Skim 2STAY
Manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran. Penyewa juga mendapat pulangan 30% selepas menyewa dalam tempoh minima 2 tahun dan maksima 5 tahun.
Skim CERIA Tahun 2020 melibatkan 11 Pengurusan Bangunan Pangsapuri (11 Projek)
Menambah baik kerosakan di pangsapuri kos rendah dan sederhana. Dengan keutamaan kerosakan yang mengancam keselamatan penghuni.
Melibatkan 249 Setinggan yang berkaitan
Pembinaan Rumah Selangorku Jenis A bagi penempatan penyelesaian setinggan PJS 1
Program Latihan Kemahiran seiring dengan keperluan industri terkini dan pembangunan usahawan berorentasikan kemahiran.
Menawarkan kepada orang awam untuk memiliki kediaman mampu milik pada harga berpatutan terutamanya kepada pembeli pertama yang masih belum memiliki kediaman di Negeri Selangor
B40
Program pinjaman komputer 'refurbished' yang bertujuan membantu pengguna yang kurang berkemampuan untuk mengadakan sudut pembelajaran di rumah
Murid-murid B40 KAFAI di Negeri Selangor
Pemberian subsidi yuran KAFA berjumlah RM30 sebulan kepada 14 ribu orang murid B40 di 296 institusi KAFAI diseluruh Negeri Selangor
Sekolah kategori SAR / SJKC / SJKT / SMJK / SPMC di Negeri Selangor
Memberikan bantuan kewangan untuk membaik pulih serta membaiki infrastruktur sekolah di Negeri Selangor
Program ini merupakan bantuan pembiayaan pendidikan kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS dalam negara mengikut kelayakan dan syarat yang telah ditetapkan.
Dikenali sebagai Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT). Program ini merupakan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah dan memberikan insentif sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke IPT/IPTS bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
-Pelajar golongan B40 yang bakal menduduki SPM dan Penilaian Tahun 6
Platform pembelajaran melalui atas talian iaitu eptrs.my bagi pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tahun enam.
Program polisi insurans kemalangan diri berkumpulan percuma rakyat negeri Selangor yang berumur di antara 30 hari sehingga 80 tahun. Sekiranya berlaku kecederaan dan hilang upaya atau kematian akibat kemalangan, insurans ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Wanita berumur 50 tahun ke atas
Program Pemeriksaan Mammogram, Biopsi dan Ultrasound secara percuma kepada wanita berumur 50 tahun ke atas
Program pemeriksaan kesihatan mata percuma kepada pemohon yang layak
Bantuan kewangan bagi pesakit mengalami rawatan Tibi
Warga Selangor yang mengalami masalah berkaitan kesihatan mental atau memerlukan khidmat pakar berkaitan kesihatan mental
Program SEHAT mencakupi aspek promosi, saringan awal, talian SEHAT, subsidi rawatan psikiatri, pembangunan modul serta latihan kaunselor.
Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah yang mengalami masalah Kekurangan Zat Makanan (KZM) terutama di kawasan bandar
Program bantuan nutrisi kepada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah yang mengalami masalah Kekurangan Zat Makanan (KZM)
Program saringan kanser (mammogram, prostat, kolorektal dan pangkal rahim) percuma di kesemua 56 DUN
i.Warganegara Malaysia ii.Pemilih berdaftar di negeri Selangor iii.Lahir di Selangor atau bermaustatin melebihi 10 tahun
Program saringan kesihatan(tekanan darah, air kencing, kandungan gula) percuma di kesemua 56 DUN
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000.00 ke bawah
Bantuan rawatan bagi penyakit dialisis, alatan perubatan, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu dan lain-lain
Bantuan kos rawatan jantung sehingga RM50,000
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000.00 ke bawah (Keluarga) dan RM2,000.00 ke bawah (Individu & Warga Emas/OKU)
Program perkhidmatan rawatan asas dan manfaat insurans. Penambahbaikan daripada Program Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS).
Rakyat Negeri Selangor
Perkhidmatan bas percuma di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Pemberian pengecualian cukai taksiran yang dikenakan kepada pemilik pegangan di kampung dan kediaman kos rendah melibatkan kediaman kos rendah bagi kategori yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan kediaman kampung.
Pemberian pengecualian fi lesen melibatkan semua bayaran fi lesen perniagaan untuk penjaja dan peniaga kecil di kawasan PBT Negeri Selangor.
OKU Sasar berumur 18 tahun ke atas.
Sebuah pusat khusus untuk memberikan latihan pekerjaan & pemberdayaan kepada golongan OKU Sasar bagi membolehkan mereka berdikari dan bekerja serta hidup bersama masyarakat tanpa rasa terasing.
Ahli SMUE:
Pemberian baucar beli-belah di pasar raya terpilih dengan nilai RM 150.00 dan pemberian RM500 khairat kematian
Perkhidmatan guaman bagi kes kekeluargaan dan pekerjaan yang dilaksanakan oleh Selangor Bar Council dengan pemberian subsidi oleh Kerajaan Negeri sehingga RM3,000.00 .
3000 pemandu p-hailing berumur 18 hingga 40 tahun
Subsidi lesen motor buat golongan belia yang terlibat dalam industri P-Hailing
Pemberian bantuan berbentuk baucar bernilai RM200 kepada golongan B40 bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali
30,000 keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah berpendapatan bulanan isi rumah kurang RM3,000.
Pemberian RM 300 setiap bulan bagi pembelian keperluan harian seperti barangan asas serta barangan persekolahan dan pendidikan melalui penggunaan e-wallet SELANGKAH.
Program penjajaran semula pemberian air percuma kepada golongan sasar penduduk Negeri Selangor yang berkelayakan untuk menikmati pemberian rebat air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan.